Sesi Orientasi Ekelas
27 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 25 & 26 Januari 2019 yang lalu, Pusat Internet Bukit Tandak telah mengadakan program bersama Maxis bagi Sesi Orientasi Live Tutorial eKelas dan juga cara menggunakan Portal eKelas. Ia merupakan salah satu inisiatif oleh Maxis untuk menerapkan nilai dan ilmu digital di kalangan staf Pusat Internet dan juga pelajar-pelajar terutama yang terlibat dengan Program eKelas Portal bagi memperkenalkan program Live Streaming Tutorial, eCikgu, dan Learning Port yang terdapat di dalam Portal eKelas.
Sesi orientasi ini dapat membantu pelajar-pelajar ini membuat persediaan bagi menghadapi kelas-kelas yang akan berlangsung setiap hari Jumaat dan Sabtu di PI Bukit Tandak serta dapat membantu adik-adik yang akan menduduki peperiksaan yang akan datang. Selain itu juga, tujuan orientasi ini diadakan adalah sebagai sesi pendekatan bagi tujuan eKelas Portal & Live Tutorial di mana pelajar belajar bersama guru secara atas talian. Di samping itu, ia juga dapat memanfaatkan kuasa platform digital bagi tujuan penambaikan bagi portal eKelas.
Seramai 53 orang pelajar daripada Darjah 6 hingga Tingkatan 5 telah menyertai kelas ini yang berlangsung selama 7 jam bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang mengikut sesi. Pada hari tersebut juga, cikgu menyuruh untuk membentu ahli kumpulan seramai 4 atau 5 untuk satu kumpulan. Semoga dengan pendekatan ini lebih ramai lagi pelajar-pelajar akan datang ke Pusat Internet Bukit Tandak untuk menyertai eKelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: